OuR LoVe

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My LittLe SunShiNe

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Pages

Agak lama tak menjenguk laman ni...dan agak lama juga tak kemaskinikan entri-entri terbaru, sejak kehilangan kereta 3 minggu yang lepas,sekian saja laporan terbaru dari aku di laman destiny love ni, mungkin dek kesihatan aku hampir 1 bulan lebih ni menyebabkan hati dan jiwa tak dak rasa nak update blog..mood aku turun naik sejak akhir-akhir ni..berat badan lagi turun dari selalunya..mana taknya..selera makan untuk sebulan ni sudah berkurangan, asyik pening dan loya saja..disebabkan sudah ada experience sblm ni, aku teka sendiri ja sakit aku..sebelum tuan doktor sahkan hari selasa yang lalu..hehe..seronok bukan kepalang bila untuk kali keduanya di sahkan pregnant..dan tanpa segan silu aku sendiri cakap kat tuan doktor "due saya bulan 2 kan doc?"..dah kira siap-siap dari rumah tadi, cuma peritnya aku untuk 1st trimester ni..banyak benda yang aku tak boleh tengok apatah lagi bau...bau bawang tak boleh,ikan tak boleh,ayam tak boleh..dapur tak boleh..erm..dapur tak boleh???bila dapur pun aku tak leh bau..cuba teka siapa yang tolong baukan dapur aku?hehe..mr MAMA...kesian kan?tak per lah..ini dugaan ye abang..sabar ye...moga ketabahanmu dikurniakan limpahan rahmat dari Allah...amin....,sometimes pening kepala aku datang dari pagi sampai malam..dasyat tak aku?ini bukan rekaan semata-mata ye..ini kisah benar,,,kisah aku, kalau akif dulu 3 bulan aku tak jamah nasi..our 2nd baby?ku gagahkan jua telan nasi walau hakikatnya perut menolak butir-butir nasi yang masuk..owh..sangat menderita aku...tak pe..sabar ye wahida,,ada orang lagi teruk dari aku..yang terpaksa bermastautin di hospital pun ada..,ada juga teman-temanku berbicara..husband diorang yang loya dan hilang selera makan...erm..untung badan la kan??anda nak yang mana?husband yang loya atau anda yang loya?hehe,,,pilih sendiri ye...banyak-banyak doa kepada Allah agar dipermudahkan semuanya ye...sekiranya ada teman yang baca entri terbaru ni...tidak ada lain yang ku pinta melainkan doa kalian semua..semoga mudah sepanjang pregnant dan kelahiran hujung bulan 2 nanti...yang penting aku sempat berpuasa dan berhari raya tahun ni..insyaallah..kalau akif dulu aku start raya kat hospital kulim...orang makan ketupat aku makan nasi lauk ikan kering...tahun ni??hehe tidak lagi??
gambar ihsan dari google,gambar sebenar??
Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku dan akif akan ditinggalkan oleh suami,selepas ini dia akan berjauhan dengan aku untuk 2 minggu bagi melaksanakan ibadah umrah bersama dengan ibunya. sebagai anak 'especially' lelaki..itulah yg sepatutnya tanggungjawab yang wajib dilaksanakan..tambah pula bapa telah lama kembali ke rahmatullah..sudah tentu sepenuh perhatian perlu difokuskan kepada mak dalam masa yang sama perhatian kepada sang isteri dan anak. apa yang mengejutkan lagi..semalam kereta aku proton waja telah dicuri di lunas kulim,ketika suami menghadiri kursus umrah. petang semalam mak balik ke rumah, dia cakap"ya Allah...wan...wan..."sambil airmata mengalir laju. aku ketika tu tengah bermain dengan akif tergamam seketika, mulut seakan terkunci untuk bertanya..hati berbisik "wan??apa dah jadi dekat dia"aku terus membiarkan mak menghabiskan kata-kata akhirnya " wan..kereta dah kena curi..",hatiku mula lega..ku andaikan sesuatu yang melibatkan nyawa tadi namun harta yang hilang...,hati memang sedih dengar berita itu,namun airmataku tidak jatuh..hanya innalillahwainnailaihiraji'un...yang mampu aku sebut.musibah yang Allah berikan pada kami kali ni sangat hebat...,apa yang bermain dalam minda ku sekarang adalah fail yang aku isi dokumen-dokumen penting aku ada dalam kereta tersebut, sijil SPM,Transkrip Universiti,Ijazah Universiti, Surat-surat berkaitan kerja aku,..ya Allah..apa aku nak buat..hanya aku mampu pohon bantuan dari MU YA Allah...bantulah aku...tabahkan hatiku..kuatkan imanku hadapi musibah ini. mak dan abah dari Sabah terus menelefon aku..minta aku bersabar, nak dijadikan cerita..sebelum ni rumah kami di Sabah pun kena pecah juga..laptop dan jam tangan abah dia ambil, tapi yang menyebabkan aku menjadi semakin sebak..mak dan abah juga cedera kerana pencuri tu tikam perut abah..sedih kan...sangat sedih...nasib baik mereka dapat selamatkan diri..setelah cubaan beberapa kali. sepanjang minggu ni..inilah dugaan yang paling berat yang kami terima...mungkin ada hikmah pada setiap musibah yang diberikan.."Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan hamba itu mampu untuk menerimanya". (Surah al-baqarah 2:286)tabahkan hatiku..menghadapi ini semua. cuba fikir sejenak, semua orang beriman akan diuji, kenapa diuji?kerana masakan begitu hebat kita menuturkan aku beriman..sedangkan kita tidak diuji?bila kita diuji..barulah kita boleh buktikan tinggi mana iman kita ketika itu...Semua manusia pasti mendapat ujian-ujian ini:
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al Baqarah 2: 155)
aku pasti sekira nya musibah itu bukan satu hukuman dan juga tidak pengajaran, maka ia adalah ujian. Dan kian kuat iman dan tinggi taqwanya kepada ALlah, maka makin banyak dan tinggi ujian yang Allah kenakan kepadanya. Nabi Muhammad saw, nabi-nabi lain dan rasul-rasul ialah contoh apa ujian-ujian yang Allah kenakan ke atas hamba-hamba-Nya yang Dia amat cinta dan sayang.

Tak tahu bagaimana nak mulakan bicara untuk entri ni, nak huraikan apa yang tersirat di sebalik title di atas" tinggalkan tugas,bahagiakan mereka". yang pastinya maksudnya mudah..kerana aku mengambil cuti daripada kesibukan tugas..untuk bahagiakan insan yang paling aku sayangi mak dan abah yang berkunjung ke rumah kami untuk hadir ke konvokesyen adikku yang kedua di uitm Shah Alam pada 24 Mei yang lalu. rasa seronok sangat menerima kunjungan mereka yang jauh dimata tapi dekat dihati..selama ni hanya dengar suara di telefon saja atau sms. untuk meraikan kunjungan mereka ke rumah baru kami..maka aku ambil cuti 2 hari. 24hb aku ke Shah Alam untuk hadiri konvokesyen adikku, and then lepas sesi photografi kat studio, kami pergi makan-makan di TTDI,sangat seronok bila dapat makan-makan bersama family,dah lama sangat rasanya tak buat event macamni..maklumla masing-masing jauh, sekali dapat berkumpul..waahh..meriah,rasa macam zaman kanak-kanak dulu pula...25hb, aku bawa mak dan abah jalan-jalan,shopping di sekitar Nilai 3, Seremban..belanja jugala apa yang patut, disebabkan husband bertugas pada hari tersebut, maka akula yang drive dan bawa mereka jalan-jalan..kalau masa kita kecil-kecil dulu mak dan abah bawa kita jalan-jalan kan??,tapi sekarang kita pula yang mainkan peranan tersebut, alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kita dan kedua ibubapa kita untuk kita berbakti selagi mana mereka hidup,rasa sayu dan sebak bila kenangkan mereka menjaga, mendidik dan mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka pada kita suatu tika dulu..dan bila difikirkan hanya sikit saja jasa kita untuk mereka..berbanding pengorbanan mereka untuk kita, hari ini 26hb jam 6.20 am kami bergegas ke LCCT kerana dah tiba masanya untuk abah dan mak pulang ke Sabah. Kenapa ye, airmata aku tak dapat di tahan-tahan lagi bila tiba masa untuk mereka berlepas jam 7.20am tadi??itulah 'tabiat' aku sejak dari sekolah sampai dah kawin ni..kalau nak berpisah dgn mak dan abah je mesti nangis..mungkin ini naluri wanita kan..
sangat gembira dapat meraikan mereka walaupun masa begitu singkat..sebagai anak,walau sesibuk mana pun kita,luangkanlah masa untuk bertanya khabar dan menjenguk mereka, kerana apa yang mereka inginkan daripada kita bukanlah wang ringgit tetapi perhatian dan kasih sayang anak-anak selagi hayat dikandung badan...
Tuan blog ini mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan bakal bergelar,sudah bergelar,tengah menanti bergelar ibu di Malaysia ni..(wah..macam satu Malaysia baca blog aku ni),sebenarnya hari-hari merupakan hari ibu kan?tapi harini..9 Mei dikhususkan perayaan hari ibu tersebut..sebagai langkah meng'updatekan' minda kita untuk mengingati ibu kita yang mungkin telah lama kita lupakan atau abaikan..atau tak sedar kita telah mengabaikan dan sebagainya lagi..tahun ni merupakan tahun kedua aku menyambut perayaan hari ibu ni..hehe, tahun 2008 aku menyandang tittle ibu ni..pengalaman menjadi ibu terlalu mendewasakan aku,baru kini ku tahu jerih perih mak mengandungkan aku, melahirkan serta membesarkan aku..penglaman itu kurasai kini..
Pagi tadi my beloved husband memberikan satu kejutan padaku..terima kasih abang..for this tengok tu akif yang paling seronokthank you to my husband ridzuan for this surprise,wah..cover sekali besday aritu ek..my precious..sangat berselera..

menarik mesej yang kuterima pagi tadi dari seorang rakan..

''Ya Allah,wanita yang membaca SMS ini adalah ibu yang cantik, kuat, sabar dan saya menyayanginya. Kau tingkatkanlah kehidupannya dengan rezki yang berkat,kau rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezki keluarganya. Kau bersihkanlah hatinya, Kau kuatkanlah imannya..Kau peliharalah dia dari fitnah. Amin Ya Rabbal 'Alamin. SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.."


Sangat terharu..aku kini adalah ibu..terima kasih pada suami, mak dan teman-teman yang wish..


Dah lama rasanya blog ni tak di'update',sepanjang minggu ni sangat sibuk dengan meng'update' kerja-kerja yang tertangguh di pejabat..mana dengan minggu audit dan minggu ujian akhir, sibuk marking paper lebih 300 pelajar, submit markah dalam sistem..terasa tak cukup 24 jam sehari, semua perlu di setelkan..hari ini baru boleh tarik nafas lega..
This weekend aku lebih banyak habiskan masa bersama suamiku dan anakanda tercinta 'akif di sekitar tempat-tempat menarik sekitar umah aku..yang tak perlu keluarkan banyak belanja..tapi menarik..hehe..aku suka aktiviti ni. Teringat masa aku kecil dulu ketika kami sekeluarga menetap di Selangor..abahku juga membawa aku menyaksikan kapal terbang di airport Subang..masa tu mana ada KLIA lagi kan?? so petang semalam dan petang tadi aku bawa 'akif tengok kapal terbang...memandangkan rumah kami tidak jauh dari KLIA, and then terus pergi F1 Circuit..tapi aku tengok litar ja la...masa F1..aku tengok dari luar ja..memandangkan harga tiket yang agak mahal..dan bukan minat aku tgk kereta ni....heheakulah yang paling excited tika ini..:)on the way ke lapangan KLIAni hasil kamera 'canggihku' snap, agak kelabu kerana 'kecanggihan kameraku'ni pesawat luar negara ni..dalam gambar macam tak best kan?tapi real best...ni aksi-aksi tika menanti pesawat seterusnya..gambar sekadar hiasan..ni hari berikutnya..ahad, kerana excited sangat..aku ajak abah 'akif datang ke sini hari ahad..terpaksa tgk dari dalam kereta,sebab hujan agak lebat,semangat kan nak tgk..suka sangat bila dapat tengok real..nanti kita naik plak ye akif..kita balik umah tok wan ye..f1 circuit,akif berkaki ayam la plak..

erm..apa yang menariknya disini, apa sahaja aktiviti yang kita lakukan bersama orang tersayang,walaupun aktiviti tersebut bukan merupakan percutian ke luar negara, tempat-tempat rekreasi seperti dalam website cuti-cuti malaysia, ianya tetap bermakna dan boleh memupuk jiwa kemesraan bersama orang tersayang..
Tidur adalah salah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap hambanya..cuba anda bayangkan kiranya anda tak dapat tidur sehari semalam...apa agaknya yang akan anda rasa pada hari berikutnya?terutamanya bagi mereka yang perlu keluar awal esok hari untuk menuju ke tempat kerja seperti saya, mesti letih kan??tapi kenapa malam ni aku tidak dapat tidur...dah puas pejamkan mata, namun tak berhasil..adakah kerana tiada insan tersayang disisi malam ni..dan untuk malam-malam berikutnya..jadi disebabkan tak boleh tidur..diri ini menjenguk ke laman sesawang ni..hari ni dah acapkali aku singgah disini..mungkin kerana aku boring menunggu panggilan dari 'dia' yang belum lagi kol sampaila malam ni...hai hati gelisah ni...rindu sangat nak tau kabar dia di Bandung..kapan tiba??bermalam di mana??aduh..perit kan jiwa menunggu berita orang tersayang disana..begitu juga aku cuba menghubungi dia..tak juga dapat..erm..kenapa agaknya ye??rasa sunyi sangat hari ni tanpa dia..tapi mujurlah ada buah hati pengarang jantung akif..boleh juga hilangkan rasa bosan dengan keletahnya yang dah pandai bertutur bahasa 'jerman'..aku juga tahu akif mencari abahnya hari ni..ahh..sayu juga..rasa ingin saja kutitiskan airmata..masih lagi gagal untuk hubungi abah akif malam ni...rindunya hati ini..apa yang anda buat bila rindu orang tersayang??ni yang aku buat..semua orang yang ada dalam gambar di bawah ni semuanya ku ingat...layan gambar-gambar sebelum tidur..